Sunday, January 3, 2016

MJS KRAOKE

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEHATI SEJIWA

MAHUKAN BUNYI BUNYIAN DI MAJLIS ANDA. BAGI MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS ANDA .. DEEJAY DAN EMCEE YANG CERIA DAN MESRA. 

BOLEH CALL 0133021602-WAK LAN 

MJS KARAOKE 
SENTIASA MENYEDIAKAN TERBAIK BUAT ANDA 










Wednesday, September 3, 2014

PENGALAMAN DI TANAH SUCI (UMRAH DAN ZIARAH) 2014

Assalamualaikum dan salam satu dunia. Kembali lagi bersama saya.. Dah lama tidak menulis di sini. nak kata sibuk x jugak.. hahah.... tapi org kate, nak tulis ni kena ada feel haha... 

OK lah.. kali ni aku nak menulis tentang pengalaman aku sewaktu mengerjakan UMRAH DAN ZIARAH di tanah suci Makkah Dan Madinah. 

Aku menunaikan umrah pada 15 may 2014 sehingga 26 may 2014 bersama 17 orang ahli keluarga dan sahabat ayah ku.. Ini juga pengalaman pertama aku menaiki kapal terbang. segala perasaan ada sewaktu mula2 take off. Maklumlah pertama kali kan. pada ketika itu juga sedang hangat tentang kehilangan pesawat MH370. Aku menaiki pesawat Saudi Airline iaitu penerbangan charted yang membawa semua jemaah umrah sahaja.

sebelum pesawat takeoff jam 7.30 malam waktu Malaysia

Dalam pesawat ni aku x amek gambar langsung sebab ikot peraturan katanye. matikan talifon bimbit. perjalanan waktu malam selama 8 jam di atas kapal amat memenatkan. mana tak nye duduk je kan... 

tiba di Lapangan Terbang Di Madinah Jam 10.30 waktu Madinah

Selepas Tiba di sana aku bersama dgn semua jemaah di bahagikan mengikut kumpulan yang telah di tetapkan. Aku bersama ahli keluargaku berada di group 6. Di dalam bas mutawif yang membawa kami telah sedia menunggu kami. nama mutafis kami adalah Ustaz Rahmad Hasibuan. Urusan pengambilan bagasi dan bag berakhir jam 12.30 malam waktu di sana dan kami bergerak terus Hotel Mubarak Siver Madinah. Dalam bas sebelum bertolak ada pak arab jual simkad mobily. harga simkad 50 riyal dan di dalam ada topup 40 riyal.

Sebahagian family aku di Hotel Mubarak Silver Madinah

Selepas tiba dan chek in hotel aku x tidor dan terus menunggu waktu subuh di sana. Bilik hotel ku mengadap lorong jalan ke masjid Nabawi. Jarak hotel kami ke masjid Nabawi adaalah sejauh 200 meter.  pada pagi itu aku terus ke masjid nabawi untuk menunaikan waktu subuh pertama aku di masjid nabawi. selepas solat subuh aku pulang ke hotel dan berehat. hari kedua di madinah kami di bwa oleh mutawif Andalusia Travel And Tours melakukan ziarah dalam. Maksud ziarah Dalam adalah menziarahi Masjid Nabawi termasuk Makam Rasulullah S.A.W, perkuburan Bakki dan Raudhah. Mengalir air mata ku apabila memberi salam kepada Rasulullah S.A.W. begitu juga sewaktu berada di Raudhah. hari 3 berada di madinah kami di bawa Ziarah  di sekitar kota Madinah dan tempat2 bersejarah antara nya Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh, Bukit Uhud, Bazar Kurma, Ladang Kurma dan beberapa lagi tempat bersejarah. di bawah ni antara gambar semasa melakukan ziarah di sekitar kota Madinah.

Di dalam Masjid Quba

Di Ladang Kurma

belakang aku tu bukan pokok sawit tau. itu lah pokok kurma..


bersama makcik - makcik aku

pemandangan bukit uhud

Masjid Quba

hari ke 5 selepas solat zohor kami semua bergerak ke Makkah menaiki bas. Kami siap berihram menuju ke makkah. Tiba di Masjid Bir Ali kami berniat ihram umrah di miqad. selepas berniat maka kami perlu menjaga 13 perkara pantang larang semasa berihram. 

Di hotel Madinah Sebelum bertolak ke Makkah 

Di dalam Bas perjalanan Ke Makkah 

Dalam perjalanan kami di berhenti Di RnR untuk solat maghrib dan makan malam. Makan Malam kami adalah nasi Arab. satu dulang nasi arab kami kongsi seramai 5 orang. kalau org jawa makan pakai dulang ni namanya nasi ambeng. heheh... di bawah ni gambarnya.. 

Nasi Arab di RnR

Lebih kurang pukul 10 malam kami tiba di Makkah dan terus menuju ke hotel Malaq Al Taqwa yang jaraknya lebih kurang 250 meter dari Masjidil Haram . Selesai urusan bilik penginapan, kami terus di bawa menunaikan umrah yg pertama oleh mutawif kira kira jam 11.30 malam. kali pertama aku masuk ke dalam Masjidil Haram aku menangis apabila aku melihat Kaabah cara live di depan mata. aku sempat cakap kaat abah " bah mcm x percaya dapat tgk kaabah secara live". Syukur aku panjatkan waktu itu kerana terpilih menjadi tetamu Allah. selesai umrah bersama mutawif aku tidak kembali ke hotel namun terus beriktikaf dan menunggu azan subuh terus di Masjidil Haram. 

gambar pertama di Makkah selepas umrah yg pertama selesai. 

bersama ibu tersayang di lobi Hotel Malak Al Taqwa

hari ke enam di Makkah kami di beri rehat sahaja tiada aktiviti yang khusu dari jadual travel kami. hari ke tujuh kami di bawa menziarahi Gua Hira, Padang Arafah, Jabal Rahmah, Mina, dan Musdalifah. 

di sebalik bukit tu terdapat satu gua iaitu gua Hira.
di mana tempat Rasulullah S.A.W bersembunyi ketika hijrah dari makkah ke madinah

Bergambar di Jabal Rahmah iaitu tempat pertemuan Nabi Adam A.S dan isterinya Hawa


Khemah-khemah yg didirikan di Mina untuk menampung jemaah Haji. 

Selepas selesai ziarah di sekitar kota Makkah, kami singgah di Jaaronah untuk bermiqad dan berniat ihram umrah kali yang ke dua. gambar di bawah ni setelah selesai umrah dan bertahalul iaitu bercukur untuk menghalalkan kembali laranagn ketika berihram. 

mutawif sedang menggunting rambut saya. 

mutawif sedang menggunting rambut ayah saya. 

Hari ke Lapan tiada aktiviti khusus.. kami berjalan sekitar hotel dan di sekitar Masjidil Haram. Selepas selesai solat pasti akan berhenti di satu kedai untuk makan Ais krim. 5 waktu solat pasti akan berhenti untuk makan Ais Krim. harga nya cuma 3 Riyal sahaja. kalau sesiapa yang tak makan aiskrim amat laa rugi kerana rasanay berbeza dgn aiskrim di sini. walaupon subuh hari tetap makan aiskrim hehe.. kedai nya 24 jam buka. Niat hati ingin mencuba KFC di Makkah namun kedainya sentiasa penuh. huhuhu...  

Hari ke sembilan kali hanya keluar ke Tanaim yg juga di kenali sebagai Masjid Siti Aisyah untuk bermiqad umrah yg ke tiga bersama mutawif. masjid nye terletak kira kira 30-35 perjalanan dari masjidil Haram. selepas berihram dan berniat umrah kami menuju semula ke Masjdil haram untuk menunaikan umrah ke tiga bersama mutawif. setelah selesai umrah ke tiga aku dan bapaku terus ke kedai gunting untuk bercukur rambut. kerana sudah nait dari malaysia aku nak botak lepas umrah. maka aku pon bercukur botak. di sana org arab mmg pandai bertutur dan faham sedikit2 bahasa melayu. gondol die faham, tapi botak die xfaham. heheh... so lepas bercukur wajah ku begini... 

selepas selesai umrah ke 3 dan bercukur. gundol kata pak arab..

bersama mutawif dan sebahagian jemaah Group 6 Andalusia Travel And Tours. 


Hari ke 10 hanya mendengar taklimat tawaf wida atau tawaf selamat tinggal. apabila mendengar taklimat tu terasa sayu pula kerana sudah tiba masa untuk pulang ke Malaysia. Taklimat di sampaikan Oleh ketua Mutawif Andalusia Travel and Tours.. malam hari ke 10 ni kami berkemas untuk pulang ke Malaysia. Pada hari ke 11 selepas subuh kami melakukan tawaf wida iaitu tawaf selamat tinggal yang menandakan ziarah kami di Makkah telah berakhir. terasa sayu hati ini ketika memandang kaabah sebelum pulang.. Pasti akan menitis air mata ketika saat tawaf wida di jalankan dan melambaikan tangan ke kaabah tanda selamat tinggal. Jam 10.30 pagi kami bertolak ke  Lapangan Terbang Terminal Haji Di Jeddah. Urusan pemulangan passport dan menaiki pesawat selesai selama lebih kurang 5 jam di terminal tersebut. tepat jam 7. 50 petanmg waktu Makkah aku dan kumpulan terbang pulang ke Malaysia dan Sampai di KLIA  jam 7.50 pagi. 

Alhamdulillah selesai umrah dan ziarah saya pada tahun ini. jika ada rezeki saya pasti mau ke sana semula sama ada menunaikan haji atau umrah. di sini saya berpuas hati dgn khimat daripada Andalusia Travel And Tours kerana mempunyai pengurusan yg cekap dan teratur ketika di sana. sekiranya ada masalah juga pihak Andalusia mempunyai Ustaz yg boleh di jadikan rujukan oleh jemaah... Pihak Andalusia juga menyediakan kursus umrah sekiranya kite telah berdaftar bersama mereka. 

sekian saja coretan pengalaman aku. pengalaman pertama kali menunaikan umrah dan ziarah 2014. aku pasti akan ke sana semula suatu hari nanti..  di bawah ni beberapa gambar kenangan dan satu video yg sempat aku hasilkan. 

sebelum terbang di masjid KLIA

berrsama sepupu aku dan paman serta anak sedaraku. 

ayah aku dan kakak nye 

mak aku dengan adk beradiknye

bersama sepupuku dan anak nyer yayid... 

di bawah pokok kurma

pemandangan di dataran luar Masjidil Haram


suasana di dalam  Masjid Nabawi

Kebab Arab.. 

selepas selesai umrah ke 3. dah gundol.

suasana di Masjidil Nabawi

suasana di luar waktu malam di Masjidil Haram

kaabah di depan mata... 
sorotan video yg sempat aku rakam




Wednesday, March 20, 2013

Sedar Tak Sedar

Assalamualaikum
Salam Sejahtera
kepada anda semua 
moga bahagia


Dah macam lagu laa pulak.. hehhe... tgk tajuk entry aku nie korang mesti pelik.. Ape yg Sedar? Apa yg tak sedar.. 

Sebenarnya aku dalam sedar dan dalam tak sedar aku dah ponn start practical. bermakna dah nak tamat dah pelajaran aku di UiTM Di Hatiku  ni. 

Kerja practical buat masa ni alhamdulillah ok je. Aku dapat practical di kampung halaman je. Tgh Hari leh balik makan kat umah. Jimat duit. 

Ok lah malas  nak Sembang lagi. Sebab aku skrng ponn kat pejabat dah. haha... curi masa sikit. 

Pada geng MC223 CRACK good luck ntk practical korang.. rindu kamoo semua adk beradik CRACK


:)
:)
:)
:)

Monday, December 31, 2012

SELAMAT TINGGAL 2012

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SATU MALAYSIA. 

              Lame rasenye x berkeudara di laman ni.. ( ceh macam radio plak). First sekali nak tanye korang kat luar tu sihat ke? Harap semua nya sihat lah kan. 

             Aku nak kongsi cerita sikit la har nie.. nampak nye tahun 2012 dah nak meninggal kan kite beberapa jam je lagi. So nak ucap selamat datang r tahun 2013. tahun 2012 nie bnyk jugak kenangan yg manis dan pahit yg aku tempuh nie..

           Korang ponn mesti ada jgk kan kenangan kan kan.. ok lah malas nak cerita bnyk so semoga suksess r korang di tahun 2013..

JUMPA LAGI 

ASSALAMUALAIKUM




Monday, March 19, 2012

EKSPLORASI RANTAIAN KASIH

ASSALAMUALAIKUM 
SALAM 1 MALAYSIA

Hai... bertemu kembli dalam entry aku kali nie.. Alhamdulillah aku baru sahaja masuk sem 4 dalam program ijazah aku. so, bersemangat rasanye nk mula sem baru.. Ada satu kisah best kali nie di mana naik2 sem je terus ada event besar yang perlu aku dan ahli Broadcasting hadiri. aku nie kiranye di pilih ntk jadi technical krew lah dalam event 2. 

sarapan pagi sebelum gantung banner

Di pendekkan cerita event nie di panggil EKSPLORASI RANTAIAN KASIH (E.R.A.T). Dalam event nie kami telah ke PULAU PANGKOR dan telah membaiki 3 buah rumah di sana. Di sana kami dapat beramah mesra dengan semua penduduk kampung berkenaan dan dapat mengeratkan lagiukhwah antara kami ahli kelab Broadcasting. Di sini juga jurang antara senior da junior tu dapat di hakis kerana kemesraan antara kami di sini. so selama 4 hari di sana, bermacam - macam pengalaman boleh di dapati. di sini beberapa gambar yang dapat saya kongsi bersama-sama anda semua...


mahu pasang banting

temuramah bersama guru besar sekolah

ucapan perasmian 


ok sahabat.. jumpa lagi di lain entry... 
mungkin entry akan datang aku just upload gambr event nie je.. :)

bye2...



Tuesday, January 17, 2012

KENANGAN PENGHUJUNG SEM 3

ASSALAMUALAIKUM 
SALAM SEJAHTERA

pada hari nie enty aku nk bercerita kenangan di sem 3 lah.. diam x diam aku dah abez sem 3.. ada lagii 3 sem untuk aku abez kan di UiTM nie.

baik lah. aku nk cerita nie kenangan aku. Sem nie kire aku ada blajar subjek Radio Broadcasting. so lecture aku adalah penyampai radio dari klasik nasional iaitu En. Khalim Rohani. mesti ramai yg kurang kenal kan. Die telah memberi peluang aku dan member kelas aku pergi membuat rakaman di RTM angkasapuri
ni lah kenangan paling best sem nie.. 
bawah nie gambar - gambar di angkasapuri.  check this out. 

En. Khalim Rohani (berbaju oren)

membuat rakaman

rakaman lagi

rakaman 


ok pengalaman yg ke dua adalah pengalaman yg pahit sikit r.. malam tadi konon lepas exam kan. nk bergembira sebelum masing - masing pulang bercuti. satu game futsal telah di set oleh member kelas aku. so aku ponn konon nak pergi join. naik motor dgn hizami r housemate aku. x jauh mane ponn. jalan umah aku nie jalan dah mcm ape tah.. so hizami nk elak lubang r kononnye.. last2 motor menggelongsor sbb brek kat pasir. tergolek r saye dan die... ada lah luka2 sikit di tgn dan kaki.. 

nie gambar luka di tgn dan kaki aku.. 

luka di siku

luka di tgn nampak berdarah.. hihi..

luka di ibu jari kaki.

ok r korang, jumpa lagi di lain entry..

kepada warga UiTM selamat bercuti sem.. jumpa sem depan

ASSALAMUALAIKUM...

bye......


Wednesday, December 7, 2011

DIAM TAK DIAM

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM MANIS..

Apa khabar saudara sekelian... sihat ker? lama dah aku x masuk menulis di sini. Maklumlah sibuk dengan kerja dan tugasan yang diberikan. So tajuk entry aku hari nie DIAM TAK DIAM.ape diam tak diam tue erk,.. haha.. cube fikir-fikirkan. 

sebenarnya aku nak kongsi cerita hari nie pasal aku diam tak diam dah tinggal lagi 2 minggu jer semester nie akan tamat. Kejap je rasenya. kerja ponn dah makin banyak nie.. so makin bertambah sibuk lah aku.

ok, aku nk kongsi sikit pasal perjalanan aku sepanjang Sem 3 aku di sini lah.. sem nie mmg terasa relex pada awal sem.. tapi bila dah sampai minggu ke 9 je kerja mula dah menimbun. sem nie aku rase best sgt pasal ada subjek Radio Broadcasting. aku dah mmg nak jadi DEEJAY radio kan. so mmg aku minat r subjek nie.
tapi........

subek nie mncabar diri beb.. subjek yang memerlukan prektical. aku kne buat satu rancangan dokumentari radio dan majalah radio., masih dalam perjalanan ntk di siapkan. hahah...

sem nie dapat rasakan ukhwah antara rakan - rakan semakin terjalin. so lepas nie final exam then aku akan bercuti sem.... wuhuu.... Sampai sini dulu lah aku menaip.. jumpe lagi di lain entry aku....



ASSALAMUALAIKUM
DAN
SALAM MUHIBBAH